19.12.2015 - Perjumpaan kelas terakhir Keusahawanan IT di Bangunan SPACE Jalan Tun Razak. Seperti biasa, kelas bermula jam 2.00 petang. Sedikit taklimat tentang kategori pemarkahan oleh pensyarah, En Nor Hashim bin Abu Samah. Kemudian, setiap syarikat diminta mencari tempat untuk mempersembahkan idea mereka. Ia seolah-olah sebuah 'booth' disediakan oeh pihak penganjur untuk memasarkan produk mereka.
Terdapat wakil dari setiap syarikat yang terdiri daripada 'Chief Marketing Officer (CMO)' dan 'Chief Technical Officer (CTO)' yang akan menunggu di 'booth' untuk taklimat pada 'Chief Executive Officer (CEO)' dari syarikat lain. Pemberian markah adalah berdasarkan dari persembahan dan penerangan yang dibuat oleh wakil syarikat berkenaan. Pensyarah juga turut menyediakan hadiah untuk pemenang. Tahniah pada pemenang dan semua syarikat yang turut menjayakan 'Technobiz Challenge 2015' ini. Terima kasih kepada pensyarah yang sudi memberi tunjuk ajar pada kami sepanjang semester 1 sesi 2015 ini.
Persiapan sebelum techno biz challenge'15
XOGTECH team bersama pensyarah
Sesi penerangan produk pada CEO syarikat lain
Home
»
»Unlabelled
» TECHNO BIZ CHALLENGE '15