AKTIVITI KUMPULAN DI DALAM KULIAH
Pada perjumpaan kali kedua, telah diadakan aktiviti kumpulan.Di aktiviti ini setiap kumpulan diberikan tugasan untuk mencipta produk berdasarkan situasi dan keadaan yang diberikan. Kumpulan kami telah diberikan keadaan di litar Grand Prix.
Berdasarkan situasi yang diberikan, kami telah bersepakat untuk menciptakan produk yang khusus di litar Grand Prix. Produk kami dinamakan "SMART EARPLUG". Produk ini memang dicipta khusus untuk kegunaan penonton-penonton di litar. Produk ini selain berfungsi sebagai earplug, ianya juga mempunyai fungsi-fungsi yang terkini seperti bluethooth,GPS dan juga radio receiver.Penonton dapat mengetahui kedudukan semasa perlumbaan yang sedang berlangsung. Penonton juga boleh mendengar lagu-lagu pilihan mereka dengan menyambung ke telefon pintar dengan menggunakan bluethooth.